AlQuran.

Breaking NewS ! TERNYATA MEMBACA AL-QUR’AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%, TOLONG SHARE YA SAHABAT

AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS

Berkata Abdul Malik bin Umair:

“Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa adalah orang yang selalu membaca Al-Quran”.

“Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran”.

Berkata Al-imam Qurtubi :
“Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun”.

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

“Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca”.

Berkata Ibnu Solah :

“Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama’an untuk membaca Al-Quran, maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia”.

Berkata Abu Zanad :

“Di tengah malam, aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran”.

Berkata sebagian ahli tafsir :

“Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia”.

“Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya”.

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN PENOLONG DI AKHIRAT

Beku.

BEKUKAN SEGERA KEPUTUSAN PENJUALAN ASET-ASET TABUNG HAJI DAN LADANG-LADANG TH PLANTATION.

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Pengurusan Tabung Haji (TH) dan TH Plantation Berhad (THP) untuk segera membekukan program Rasionalisasi Aset TH termasuk penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.
  2. Setakat hari ini difahamkan, pihak THP telah memasuki Perjanjian Penjualan Saham (Share Purchase Agrement) untuk melupuskan 3 anak syarikat THP iaitu THP-YT Sdn Bhd, Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisammas Shd Bhd (MW) yang melibatkan tanah perladangan seluas 9,018 hektar atau 11.8% dari jumlah keluasan yang mahu dijual dibawah program rasionalisasi aset THP.
  3. Umum telah mengetahui bahawa penjualan aset-aset berharga milik TH seperti ladang-ladang kelapa sawit dan getah milik THP dan Hotel-hotel TH mendapat tentangan kuat daripada rakyat terutamanya pendeposit TH.
  4. Justeru, Pemuda UMNO menggesa pihak pengurusan TH dan THP agar menghormati Kerajaan yang baharu dilantik dan tidak terburu-buru ingin meneruskan sebarang penjualan yang diluluskan oleh bekas Menteri Agama Kerajaan PH YB Datuk Dr Mujahid Yusof. Pembekuan ini mustahak bagi memastikan penilaian semula dilakukan oleh Kerajaan Baharu agar kepentingan pendeposit TH dan umat Islam umumnya mampu dipelihara dan dipertahankan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

4 Mac 2020

Sila Klik Link di Bawah